Rasulullah SAW bersabda :
“ثَلاَثَةٌ
لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ،
وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ
السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ
وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ”.
“Ada tiga orang yang doanya
tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang
adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas
awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman :
“Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun
setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : “اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : “اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan
bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :
“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada
hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.(H.R. Bukhari dan Muslim).
Di riwayat lain Nabi SAW bersabda
: “Ada tiga tipe orang yang doanya tidak ditolak oleh Allah, Doa orang yang
banyak berzikir, doa orang terzalimi, dan doa pemimpin yang adil. (HR Baihaqi
dan Thabrani).
Jadi berhati-hatilah Saudara
semuslim terhadap orang-orang yang terzalimi oleh kita.