Keutamaan Tasbih, Tahmid, Takbir




Keutamaan Tasbih, Tahmid dan Takbir dapat ditemukan pada hadits-hadits dibawah ini:
  1. Barangsiapa membaca tasbih (Subhanallah) pada tiap-tiap selesai sholat, sebanyak 33 kali, membaca hamdalah (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan membacaAllahu Akbar sebanyak 33 kali dan untuk menyempurnakan menjadi 100 membaca : Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir, maka diampunkan dosanya meskipun dosanya sebanyak buih di laut. (HR. Muslim)
  2. Dari Abu Hurairah: Suatu hari datanglah rombongan orang-orang fakir ke hadapan Rasulullah s.a.w. mereka mengeluh: "Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah mendapatkan kemuliaan dan sorga dengan harta mereka. Mereka sholat seperti sholat kita,  mereka puasa seperti puasa kita, mereka bersedekah tapi kami tidak, mereka memerdekakan budak dan kami tidak". Rasulullah s.a.w. pun menjawab: Maukah kalian ku ajari sesuatu yang dengan itu kalian bisa mengejar orang yang mendahului kalian dan meninggalkan orang-orang yang di belakang kalian dan tidak ada orang yang lebih utama dari kalian kecuali yang melakukan hal yang sama? "Tentu Mau wahai Rasulullah" lalu Nabi SAW berkata "Kalian membaca tasbih, takbir dan tahmid sebanyak 33 kali setiap selesai sholat". (H.R. Bukhari Muslim ). Riwayat lain dari Abu Hurairah menyebutkan 10 kali.
  3. Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada ‘Ali bahawa Fatimah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta seorang hamba tetapi tidak mendapatinya (di rumah). Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Aisyah. Bila Nabi s.a.w. datang maka Aisyah pun menceritakan kepada Baginda. Kata perawi (Ali): Maka Nabi s.a.w. pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Nabi s.a.w. berkata:
    “Tetaplah kamu di tempat kamu.” Baginda pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba / khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba / khadam.
    Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Tasbih tiga puluh empat kali.”
    ( Shahih Bukhari: Kitab Doa-Doa, Bab Tasbih Dan Takbir Ketika Hendak Tidur )